Teknik Besar Biceps Dengan Cara Simple

 

Hari ni nak kongsikan satu teknik yang ditunggu-tunggu untuk pembaca Mesotropin, dan ramai dah gunakan teknik ini dengan jayanya. Yang pasti anda kena cuba yer…

 

Mudah sahaja, tetapi mudah pada kata. Apabila anda buat, memang rasa nak menangis huhu! Teknik ini melibatkan superset kepada dua otot, iaitu biceps dan triceps. Biceps dilakukan dengan dua senaman, satu ringan dan satu berat, sama juga dengan triceps. Dah tak sabar nak mula?

Jom Kita mulakan!!

 

Saya cadangkan anda guna barbell kosong untuk senaman ringan bagi kedua-dua otot ini.

 

1- Skullcrushers

Senaman isolation ini dilakukan dengan barbell kosong sahaja. Baring atas kerusi dan lakukan skullcrushers sebanyak 100 rep tanpa meletakkan barbell untuk berehat. Kalau tengah buat letih, luruskan tangan dan berhenti kurang 10 saat. Kemudian, sambung sampai habis 100 rep.

 

2- Bodyweight Dip

Habis sahaja senaman tadi, lari ke tempat dip untuk buat bodyweight dip. Dalam keadaan triceps anda sedang membakar hasil daripada 100 rep tadi, berkemungkinan besar anda tak boleh buat begitu banyak dip. Sasarkan untuk buat 10 rep sahaja dan jika anda boleh buat lebih, tambahkan bebanan dengan mengepit dumbbell di kaki.

 

3- Preacher Curl

Dalam keadaan triceps sedang terbakar, terus ke kerusi preacher dan lakukan preacher curl dengan barbell kosong sebanyak 100 rep juga. Bukaan tangan samada lebar atau kecil adalah terpulang kepada anda. Sama juga, cuba habiskan 100 rep tanpa meletakkan barbell untuk berehat. Kalau penat, rehat sambil pegang barbell.

 

4- Barbell Curl

Sekarang, biceps dan triceps dua-dua terbakar. Tetapi, tak habis lagi sebab anda belum buat senaman biceps yang berat. Kali ini, gunakan barbell panjang kosong (percayalah, ia berat!) dan lakukan 10 rep biceps curl secara perlahan.

 

Habis semua ini, maka habislah teknik yang Admin nak ajarkan. Kalau anda rasa tak cukup, ulang lagi beberapa set, tapi biasanya 1 set dah memadai.

 

Jangan lupa untuk minum Hydro Whey selepas anda habis latihan. Dapatkannya dari page  NakSadoKeBro sekarang!

 

About Bro Shah 40 Articles
Stockist Leader MESOTROPIN Call us Now For Detail +6019987351

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Nak ebook PERCUMA TEKNK 6 PACK?

Masukkan nama dan emel anda di bawah dan kami akan hantar terus ke emel anda