Kisah INSPIRASI : Dahulu BULAT Kini SADO dengan Mesotropin

BULAT, dahulunya panggilan ini amat sinonim dengannya kerana memiliki saiz tubuh badan yang lebar dan berat melepasi takrifan normal BMI. Dengan kata lainnya, beliau adalah lelaki obesiti.

Bukhairi bin Abd Rahman atau lebih dikenali sebagai bulat sering dikaitkan dengan OBESITI. Anak jati dari Ipoh, Perak ini dilahirkan pada 22 Disember 1989 dan menamatkan pengajiannya di Kolej Uniti Port Dickson.

Sejak zaman persekolahan lagi, beliau sering menjadi mangsa keadaan yang berpunca daripada bentuk fizikalnya. Beliau sering dipinggirkan oleh rakan-rakan terutamanya perkara yang melibatkan dengan sukan.

15175479_10206723291314793_1987063531_n

Namun, masalah beliau tidak terhenti disitu sahaja, beliau sering diejek dan dibuli oleh rakan sebaya serta tidak dilayan setiap patah perkataan yang diungkap olehnya.

Pada waktu itu, hanya Allah sahaja yang tahu dan memahami perasaan beliau kerana beliau beranggapan tiada siapa untuk cuba memahami perasaannya pada waktu itu. Setiap hari beliau melalui dan menghadapi hari-hari yang penuh dengan kesedihan dan kesengsaraan.

15218686_10206723289834756_903006443_n

Beliau berasa amat bersyukur setelah Allah memberi kekuatan kepadanya untuk berubah menjadi seorang yang lebih bersemangat dan mempunyai keyakinan diri yang amat tinggi. Keazaman yang amat tinggi itulah membawa kejayaan kepada beliau pada hari ini.

15239414_10206723290234766_1558273099_n

Anjakan paradigma berlaku sewaktu beliau bergelar seorang pelajar di Kolej Uniti Port Dickson. Disitulah bermulanya lonjakan tahap kecergasan dari seorang yang lemah kepada lelaki yang kuat dan “Gentleman”.

Pada waktu itu, beliau menjadi sangat obses untuk kurus sehinggakan tidak pernah ponteng waktu latihan walaupun sehari. Baginya, tiada istilah berehat jika anda ingin mencapai sesuatu perkara yang sukar dan mencabar. Latihan kardio adalah tunjang utama kejayaannya kerana latihan ini amatlah efektif dalam pembakaran lemak secara optimum.

15209192_10206723288394720_649005201_n

Tiada lagi panggilan bulat untukknya, panggilan tersebut akan mengingatkan beliau diamana tahap beliau sekarang iaitu menjadi insan yang lebih baik dari hari semalam. Pangilan tersebut bertukar kepada “Abg Sado”

15211553_10206723298314968_657825754_n

Sehingga kini, beliau masih menganggap kejayaan mencapai sasaran menurunkan berat badan bersama tunangnya (kini isteri) sebelum mereka melangkah ke alam perkahwinan mereka adalah kenangan yang paling terindah dan tidak mungkin dilupakan sehingga akhir hayatnya.

Selepas memiliki tubuh badan yang ideal, beliau sering terlibat dengan aktiviti-aktiviti sukan yang dahulunya sering terpinggir daripada menyertainya. Diantara sukan-sukan yang beliau pernah ceburi adalah larian marathon, futsal, karate, bola tampar, ping pong dan memanah.

15205601_10206723290074762_994890683_o

Kini, Beliau secara rasminya menjadi jurulatih kecergasan profesional setelah menerima pentauliahan daripada National Association for Strength and Conditioning NASC.

Cetusan melibatkan diri dalam dunia kecergasan ini berlaku apabila beliau terlihat satu video workout dari fitness celebrity “GregPlitt”. Beliau sanggap teruja dan kagum apabila menonton video tersebut. “If he can do it. I can do it too for myself. So, i also want to be the best version of myself.” ujar beliau.

15240037_10206723289594750_2339158_n

Semenjak beliau membuat keputusan untuk menyumbang tenaga untuk membantu masyarakat dalam menangani masalah yang melibatkan dengan kesihatan dan obesiti. Beliau mula berkongsi rahsia kejayaannya bersama-sama masyarakat disekelilingnya. Sejak dari itu, semakin ramai yang mengenali dan menyakini beliau.

Cabaran terbesar baginya adalah mendidik masyarakat ke arah gaya hidup sihat kerana bukan semua orang mahu bersusah payah dalam mencapai kejayaan. Sebagai jurulatih, beliau berasa bertanggungjawab untuk menjadi contoh terbaik kepada mereka.

Beliau bercita-cita ingin menjadi ikon kecergasan dan berharap dapat memberi dan menjadi inspirasi kepada maayarakat untuk menjadi lebih ceria, sihat dan bersemangat.

Nak jadi macam bro ni….Wassapa Bro Shah sekarang! 019-9873531

About Bro Shah 37 Articles
Stockist Leader MESOTROPIN Call us Now For Detail +6019987351

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Nak ebook PERCUMA TEKNK 6 PACK?

Masukkan nama dan emel anda di bawah dan kami akan hantar terus ke emel anda