5 Cara Jadikan Anda Lebih Kuat

Membina otot dan kekuatan bukan sahaja berpandukan kepada penambahan berat beban semata-mata. Terdapat beberapa tips yang amat berguna kepada anda untuk workout dengan cara yang bijak dan tidak terlalu sukar dilakukan untuk mencapainya.

Hasilnya pula amat memberangsangkan dan akan membuatkan anda terus teruja untuk menjadi lebih kuat dari sebelumnya.

Penambahan plat pada setiap sesi workout tanpa teknik dan sistem yang betul bakal mencederakan setiap bahagian otot anda dan menyebabkan anda menjadi lebih lemah dari sebelumnya.

Berikut adalah cara untuk melakukannya dengan cara yang bijak dan selamat:

1. “Work up” Untuk Beban Paling Berat Dengan Menggantikan Sistem Piramid

Lakukan set pemanas badan dengan melakukan kadar ulangan yang rendah sebagai persediaan untuk mengangkat beban yang paling berat pada beberapa set terakhir anda.

Dengan cara itu, anda akan mempunyai tenaga untuk melakukan set tersebut. Keutamaan aktiviti ini adalah untuk mendapatkan peningkatan kekuatan pada otot anda.

Katakan anda merancang untuk melakukan Squat dengan beban seberat 300 pound untuk 5 ulangan. Anda boleh melakukan dengan 135 pound untuk 6 ulangan, 185 untuk 5 ulangan, 225 untuk 3 ulangan, 275 untuk 2 ulangan dan yang terakhir adalah 300 pound untuk 5 ulangan.

Anda akan mendapat sesi pemanas badan yang sempurna tetapi tidak penat.

2. Gambarkan Usaha Anda Melakukan Ulangan Sebelum Anda Memulakan Set.

Anda haruslah bayangkan bagaimana ia akan merasa, dimana mata anda akan memberi tumpuan, dan bagaimana anda akan bernafas.

Berbuat demikian, akan menjadikan anda lebih “biasa dan selesa” dengan set yang akan dilakukan, dan ia akan kelihatan lebih mudah untuk dilakukan.

how-much-should-i-rest-between-sets

3. Rehat 3 Sehingga 5 Minit Diantara Set.

Untuk mengangkat beban yang paling sukar, tubuh anda memerlukan penjanaan semula ATP sebanyak yang mungkin sebagai sumber bahan bakar untuk kontraksi otot. Anda perlu ambil masa untuk tempoh pulih sepenuhnya sebelum anda mencuba untuk mencatat rekod peribadi anda.

4. Berlatih Dengan Orang Yang Lebih Kuat Dari Anda.

one-move-for-big-chest_b-768x512

Mempunyai teman latihan yang lebih kuat pada anda akan menjadi inspirasi kepada anda untuk mendapat hasil sepertinya dan akan sentiasa digertak untuk melakukan setiap ulangan tanpa penipuan. Perkara ini akan sentiasa menaikkan lagi intensiti anda untuk menjadi lebih lasak dan tahan lama.

5. Muatkan Bar Dengan Plat Yang Kecil.

rogue-horizontal-plate-rack-web03_1

Teknik ilusi optik ini akan menjadikan bar kelihatan lebih ringan kerana otak anda akan menerimanya sebagai beban ringan yang mampu diangkat. Kelebihan dari segi mental ini boleh membantu anda untuk mengangkat beban yang lebih berat dan penambahan ulangan dalam set.

About Bro Shah 37 Articles

Stockist Leader MESOTROPIN
Call us Now For Detail +6019987351

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Nak ebook PERCUMA TEKNK 6 PACK?

Masukkan nama dan emel anda di bawah dan kami akan hantar terus ke emel anda