#Info6Pack : Bakar Lemak Dengan Teknik H-I-I-T (High Intensity Interval Training)

High Intensity Interval Training boleh diaplikasikan dalam pelbagai rejim samaada untuk larian, weight training, bodyweight training dan lain-lain.

Kredit gambar : bodybuilding.com

Baiklah, admin akan terangkan cara mengaplikasikan teknik HIIT dalam bentuk kardio iaitu larian. Sebelum anda memulakan latihan HIIT, pastikan anda warm-up terlebih dahulu. Kemudian, ini langkah yang anda perlu ulang sebanyak 3 set. Ya, 3 set sahaja!

Ini 4 langkah mudah teknik HIIT untuk bakar lemak anda yang patut anda tahu!

  1. Brisk walk / berjalan dengan laju selama 2 minit
  2. Jogging selama 2 minit
  3. Lari sekuat hati atau pecut selama 1 minit
  4. Ulang kembali ke tiga-tiga langkah tersebut 3 set

Mudah kan?

Walaubagaimanapun, tidak semua individu sesuai melakukan HIIT kerana ianya boleh mendatangkan kecederaan fizikal tanpa latihan yang betul.

Anda seharusnya mampu berlari non-stop sekurang-kurangnya 30-45 minit bagi menjalani latihan ini. Keadaan ini akan menyebabkan anda loya, muntah dan pening kepala sekiranya tiada persediaan yang rapi bagi menjalani latihan ini. Dengan melakukan latihan ini, anda akan dapat membakar lemak dengan mudah dan pantas. Dan memiliki 6 pack bukan perkara yang mustahil lagi!

About Bro Shah 37 Articles
Stockist Leader MESOTROPIN Call us Now For Detail +6019987351

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Nak ebook PERCUMA TEKNK 6 PACK?

Masukkan nama dan emel anda di bawah dan kami akan hantar terus ke emel anda