Tidak semua protein sama, Ini tips untuk bina otot

Jika kita ingin membina otot atau mengekalkan otot disamping membakar lemak adalah penting untuk memastikan protein yang kita ambil itu adalah benar-benar berkualiti.

Memang semua makanan itu mengandungi protein, tetapi adakah semua protein dalam makanan itu (terutama makanan yang sudah diproses) adalah dari jenis yang berkualiti?

Itu belum diceritakan lagi nisbah protein dalam makanan, kerana rata-ratanya makanan-makanan di Malaysia ini amat rendah kandungan proteinnya!

Struktur protein terbina oleh komponen-komponen kecil yang dikenali sebagai Asid Amino. Setiap protein adalah berbeza dan terdiri daripada komposisi asid amino yang berbeza.

Protein yang berkualiti adalah protein yang mengandungi kesemua (atau hampir semua) asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, tetapi amat penting untuk fisiologi manusia– kelompok asid amino ini dikenali sebagai Essential Amino Acids (EAA). EAA tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, dan oleh yang demikian ia harus diperolehi sepenuhnya menerusi diet.

Tanya diri anda kembali, adakah keropok lekor dan makanan mee segera itu mengandungi kesemua EAA yang diperlukan manusia? Jawapannya tentulah TIDAK. Perlu diingatkan bahawa EAA adalah sesuatu yang istimewa, atau bahasa mudahnya “high quality“.

Benda yang “high quality” tidak akan wujud sewenang-wenangnya dalam makanan yang “low quality“. Hanya sumber-sumber protein tertentu sahaja yang mengandungi kesemua (hampir semua) komposisi EAA di dalamnya. Antara yang paling mudah didapati di sekeliling kita adalah:
1. Telur
2. Susu
3. Produk berasaskan kacang soya (tempeh, tauhu/tofu)
4. Whey Protein
5. Daging

Seperkara lagi yang perlu anda ketahui ketika memilih protein, ialah indeks yang dikenali sebagai “Biological Value” of protein (BV). Ia adalah skala ukuran yang menentukan berapa banyak (peratus) protein yang betul-betul diguna pakai oleh tubuh badan dalam menjalankan fungsi-fungsi fisiologi seperti pertumbuhan, memperbaiki otot, menggantikan sel-sel kulit mati, dan sebagainya.

BV sesebuah protein ditentukan berdasarkan sejauh mana sesebuah protein itu berjaya dicernakan berbanding sebiji telur. Telur digunakan sebagai pengukur dalam skala ini memandangkan telur mempunyai kadar pencernaan protein yang terbaik secara semulajadi (telur diberikan nilai ’100?).
Lagi tinggi nilai BV, lagi bagus protein tersebut.

Berikut adalah contoh BV untuk protein-protein yang mudah didapati di sekeliling kita:
Whey Protein Isolate: 159
Whey Protein Concentrate: 104
Telur: 100
Putih Telur (Albumin): 88
Susu Lembu: 88
Ikan: 83
Daging Lembu: 80
Ayam: 79
Casein Protein: 77
Soy Protein: 74
Kacang Tanah: 55
Kacang Soya: 47

So kesimpulannya, jika ingin keputusan yang cantik maka anda perlu pastikan setiap protein yang anda ambil itu cukup berkualiti.
Jangan tambah kalori dalam diri anda dengan makanan yang ‘useless’


Tahukah anda, Meso HydroWhey diperbuat daripada protein yang
berkualiti tinggi. Ia mempunyai BV yang paling tinggi dalam kelasnya.

Untuk dapatkan Meso HydroWhey boleh call bro shah di talian 019 9873531

About Bro Shah 37 Articles
Stockist Leader MESOTROPIN Call us Now For Detail +6019987351

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Nak ebook PERCUMA TEKNK 6 PACK?

Masukkan nama dan emel anda di bawah dan kami akan hantar terus ke emel anda